BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Wallahualam



Peristiwa-peristiwa penting:


* 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.


* 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.



Pada 10 Muharam juga telah berlaku:




1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.


2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.


3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.


4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.


5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.


6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.


7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.


8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.


9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.


10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.


11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.


12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.


13. Hari pertama Allah menciptakan alam.


14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.


15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.


16. Allah menjadikan 'Arasy.


17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.


18. Allah menjadikan alam.


19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.


20. Nabi Isa diangkat ke langit.




SEMOGA TAHUN BARU HIJRAH 1432 MEMBAWA KEBERKATAN DAN MENDAPAT KERHEDAAN ALLAH SWT.



INSYALLAH



Firman Allah : "Dan Janganlah Kamu Campur Adukkan Yang HAQ Itu Dengan Yang BATIL,
Dan Kamu Sembunyikan Yang Benar Itu Pula Padahal Kamu Semua Mengetahuinya." (Al-Baqarah : 42)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...