BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 8, 2010

Jangan akur pada takdir

sebenarnya hidup ini kadang kala mendesak kita

hidup kadang tidak adil kepada kita
nasib bukan selalu menyebelahi kita
takdir hidup sentiasa berubah ubah.

takdir itu bisa kita ubah
namun nasib itu di luar jangkaan kita
kata orang kita harus akur pada takdir
tetapi kalau takdir itu bisa kita ubah
apa lagi yang kita tunggu
ubah ia selagi kita punya masa.

nasib baik mahupun buruk
sentiasa ada di ceruk mana pun
walau sedalam lautan pn kita lari
nasib itu tidak pernah lari dari kita.

kita hidup bergantung kepada Nasib dan Takdir
jika nasib kita baik hari ini
tidak bermakna takdir kita juga baik
nasib dan takdir boleh berlaku kapun pun.

jangan kau lari dari mereka
kerana mereka itu tidak pernah lari kita
jangan kita persoalkan mereka
kerana mereka itu memang begitu.

hati kita selalu berkata
kita harus akur pada takdir
tetapi jiwa kita sering meronta
jangan kau biar takdir menyukarkan kau.

pusing bukan kepala kalian memikirkan ?
biarkan persoalan ini berlegar di minda kalian buat sementara waktu
kerana kalian akan menemui jawapannya sebentar sahaja lagi.

berusaha lah mengubah takdir hidup kalian selagi punya masa
jangan mudah akur dan putus asa
kerana itulah akar kepada semua masalah kita.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...