BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 29, 2009

BeraT

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung..

ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih..

Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita

oleh program komputer.

Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM

1.00..mesin komputer menjawab: "47 kg!"



Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer
menjawab: "52 kg!"



Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang
cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.




Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"

SeM BarU


nie lah jadual sem br aku...

kelas okey lah tp tuelah subject semuanya berat2,mcm nak mampus rasanya.hari paling best hari isnin sebab kelas sampai kul 12 tghmlm....

sempoi tak u aku...

arggggggggggggggghhhhh benci betoiiii!!!!

tapi nak wat lagu mana dah u tentukan so kena ikut lah ,tp nasib baik kelas tue cik sempoi yg ajaq kalu tidak dah lama tido dah dalam kelas.

sem nie mcm biasa lagi lah aku kena g lab usm sbb nak pinjam equipment depa yg begitu canggih..hahaha kelas tue hari sabtu dr pg sampai ptg...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!letih2

tapi apa2 hal sem nie aku kena lebih bgs dr sem lepas...

semoga berjaya TopEX

8 Petanda Dia Adalah Jodoh Kamu...

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya.Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1

Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh ataubesar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2

Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan
jodoh kamu!

Petanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5

Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takutmengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6

Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7

Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8

Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanyateman,ku harap dikau tak mjadikan aku sbg psinggahan buatmu buat seketika.aku impikan psinggahanmu adalah buat selama2nya utk diriku.mengertilah

Tanda Firasat Tahi Lalat

Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah Tercapai cita-cita
Biji mata kanan Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri Malas dan suka duduk
Betis kanan Suka berhibur, boros
Betis kiri Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan Cerdas dan cekap
Kening kiri Cerdas dan sopan santun
Tengah kening Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri Suka berpoya-poya
Ketiak kanan Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri Kehendak kuat
Batang hidung Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung Banyak rezeki
Dagu bawah kanan Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri Bijaksana, dan berbudi luhur
Tumit kanan Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri Baik budi
Alis kanan Suka menolong dan baik hati
Alis kiri Ramai yang suka
Pangkal peha kanan Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan Suka menolong
Jari kaki kiri Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri Suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Lengan kanan Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri Menepati janji dan rajin
Pipi kanan Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri Ramai teman
Ubun-ubun Kurang jujur
Pusat Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri Disayang pasangan hidup
Dada kanan Dapat mengatasi masalah
Dada kiri Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri Dapat berpangkat
Perut bawah kanan Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah Agak malas
Kelopak mata kiri bawah Agak bodoh, kurang bijaksana
Personaliti Lelaki

Sunday, July 26, 2009

Amalan-amalan di bulan Syaaban

Minggu nie dah msk bln Syaaban.. Cmne bln Rejab ritu? erm.. tpuk dada tnya iman.. =) kalu aku.. sdih jgk..xbyk amln yg bt.. puasa sunat pon mcm sekali je.. hmmm..xthu lah nk jd apa aku nie.. wawawa.. =( tp xpe kn.. Syaaban msih ada.. erm.. aku ada terbaca kt web mne ntah.. n kt situ ad ckp tntg amln2 dbulan syaaban.. so, sama2 lah kita beramal.. Insya-Allah..

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini perlulah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.


*sLmt beribadat dan smga kta bersama2 mndapat keredhaan Allah.

UtK MenCinTaImU

apa yang harus aku lakukan


untuk membuat kau mencintaiku


segala upaya tlah kulakukan untukmu


apa yang harus aku temukan


untuk membuat kau menyayangiku


inilah aku yang memilih kau untukku


karna aku mencintaimu


dan hatiku hanya untukmu


tak akan menyerah


dan takkan berhenti mencintaimu


ku berjuang dalam hidupku


untuk selalu memilikimu


seumur hidupku, setulus hatiku


hanya untukmu


seumur hidupku, setulus hatiku

Wednesday, July 22, 2009

CovEr Rim!!

semalam aku dimalukan sendiri oleh kete aku....hahaha.kejadian nie berlaku malam td..waktu aku nak kuaq makan malam.nak jd kan cerita aku ajak mie kuaq makan naik kete aku...miee pon cakap okey....
apa lagi aku pon start kete dan bincang gan mie nak makan mana,sambil2 tue aku dah dekat2 gan pondok pakguard niat dalam hati dah malas nak turun utk sign kat pondok pakguard tue...apa lagi aku tekan minyak sambil angkat tgn kat pakguard....
pakguard nak tahan aku tapi aku senyum je kat dia....tapi malang aku tak berbau masa aku tekan pedal minyak aku dgn kuat hentam bonggol yg ade kat depan pondok tue....
dalam hati aku alaaaaaaaaaaaaa!!!! cover rim aku mesti tercabut.....sbb bunyi bising sgt kat luaq kete aku...tekaaan aku tue tepat!!!!!!!
waaaaaaaaaaaaa malu nya!!!!!!!
aku tgk sidemirror aku aku dah nampak cover rim aku terpelanting!!!
dalam hati...nak stop ke tak...nak ke tak....alih2 aku stop.aku tgk cermin dalam kete semua junior2 aku pandang kearah kete aku.................waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa malu2!!!!
mula2 aku suruh mie kuaq...tapi dia dah malu giles2 hahaha so aku yg kuaq,gan muka tebal aku ambik balik cover rim aku sambil aku angkat cover rim aku cakap kat junior2 alahiiii tercabut plak...
tapi aku dgr salah sorg dr junior aku jerit..tak pa bang!!!!kami tak nampak apa2!!!!
waaaaaaaaaaaaaaaaa malu2!!!
aku masuk kete sambil gelak2 gan mie..hahahaa
pengajaran dekat sini :
1. jgn bw kete laju2 dalam kampus
2. jgn malu apa yg kita ada.
3. sayangi lah cover rim kete (hahaha)

Sem Baru

Minggu nie aku dah mula kelas balik dah kat kampus yg tersyg nie(hmmm tersyg lah sgt)


aku ingat sem nie okey lah cikit alih2 lagi berat dr sem sblum2 nie...adoiiihaiiii kelas semuanya pack2 6t mcm mana lah puasa 6t....mesti lembik je aku jadinya.

kelas pagi sampai malam....dah jd mcm bdk skool lah pulak.

kecian lin sbb tak sempat msg gan aku semalam sbb aku dah tido dah...hahaha tapi tak pe dia sempoi tak merajuk pon.

tgk lec sem nie pon semua mcm sempoi2 je hihihi rasa bleh jeck cikit (hahaha jeck lah sgt) tp tuelah kalu dah subject ssh..ssh gak.key lah salam

Sunday, July 19, 2009

arghhhhhhhhhhhh!!!!!!!

besok aku dah kena balik kampus...kena study g..
tgk subject sem depan mmg btl2 ssh



harap aku boleh wat,kos aku nie kenapalah takde subject yg senang2,nie tak semua nak bg ssh je.



kali nie aku nak ada azam baru,aku nak usaha sungguh2 utk mencapai impian aku yg lagi sikit nak tercapai pd sem lepas.



pasal perjalanan besok...kereta aku semuanya aku dah tgk,harap2 aku leh sampai dgn keaadan tenang dan selamat.



okey lah pasnie aku agak ssh nak on9,6t kalu ada masa aku sambung tulis balik blog aku nie..salam utk kwn2 blog aku or sesiapa yg melihat blog nie.

Aku Kena TinGgaL

aku tak sangka date ptg td utk kali terakhir aku..




bknnya aku kena tinggal utk selama nya tp aku terpaksa berangkat pulang ke kampus.





esok jugak lah aku tak dapat teman org yg teristimewa aku g jalan2 kL.




hmmmm takpelah kali nie bukan rezeki aku utk teman dia,dan kali nie dia g gan kwn2 umah dia dan aku harap kwn2 dia jaga dia gan elok.



kpd KIN , UMMUL dan SU...jaga lin elok2 masa g.



aku tahu dia hapy sgt dapat p jalan2, tapi aku kat sini tak dpt nak tahan kesedihan sbb tak dapat teman dia.




tapi takpe dia dah janji gan aku dia nak beli mcm2 kat aku...

tq!!!! sgt syg ku...

aku harap dapat hadiah yg best2





Thursday, July 16, 2009

CaRi KeRjA

Pejam celik,pejam celik cuti aku seminggu nie nak hbs dah...






Tp dalam minggu nie aku dapat wat mcm2 kerja yg betoi2 aku rasa mcm sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat serta keluarga(ehhhwaaahhhhh mcm berperang lah pulak)






hahaha....






Aku rasa diri aku nie mcm betoi2 berubah sbb apa yg aku wat semua org hargai..hmmmm best betoi.






Tq jugak kepada cik haslinda sweety yg wat aku sedar dr lamunan yg sekian lama di buai mimpi2 ngeri..






Right now ( org puteh lah polak) setiap pg aku tolong org, tak kisah lah kalu org panggil mintak tolong kemas surau ke,angkat pasu ke,potong rumput ke,cuci kereta ke, (bape banyak ke lah) yg paling penting setiap pg aku jual kotak....boleh lah nak dapat duit cikit.mcm pg td tok imam kecian tgk aku potong rumput dia bg aku upah...




alhamdullilah....





hehehe





sebelah ptg pulak aku tolong mak aku jaga kedai,buisness mak aku nie aku rasa ada potensi kembangkan perniagaan dia tp tue lah anak2 dia semua sibuk dok study g.






takpe2 sy di sini sedia membantu mama sy...






tue lah duti harian sy dalam cuti minggu nie tp tak lupa gak kuaq date gan cik lin sy tue....
hehehe






tq sbb sudi kuaq date gan sy setiap hari wahai cik haslinda.





sesiapa yg ada kerja kosong utk sy selesai kan





sila msg ke talian ontolong ke 22887

Monday, July 13, 2009

YaNg BerNaMa HasLiNdA

Nie haslinda yang aku maksudkan adalah manusia yg betoi2 rapat dgn aku....heheehe gurl yg pertama aku cintai...aku berasa bertuah sbb kenal gan dia dan dgn dia mcm2 aku berubah.




semalam aku tegok dia lama2 kedalam mata dia,lesung pipit dia,senyuman dia semuanya wat aku betoi2 berasa diri aku nie bertuah.




hmmmm bkn makan apa pon semalam,just makan yg ringan2 tapi aku rasa hapy sgt!!!sbb dah lama tak kuaq sama2 dgn dia.tq belanja org semalam.pasal semalam tue dia order air kat aku bapak besaq nya cawan tue...sampai nak giles aku hbs kan air semalam....hahaha.tp takpe rasa air tue sedap sgt...tq!!!Lin.


apa2 org yg bernama haslinda ini byk menolong aku,bg harapan,dan tak putus asa nasihat kat aku.

tq syg ku!!

DiRi Ku SenDirI

Minggu lepas hari yg betoi2 aku tension,entah lah aku pon tak taw kenapa aku tension minggu lepas.tp syukur lah minggu nie aku kembali normal balik sbb ada org yg bg aku semangat.



Dalam minggu lepas lah gan cermin kete aku pecah...dah lah kena simpan duit nak byr utk sem baru alih2 tue plak berlaku.mcm minggu lepas minggu malang bg aku.apa2 pon aku harap sgt result short sem aku okey utk mengubati hati aku yg malang nie.



apa2 pon minggu lepas aku nak ucap kan kat org yg menolong aku masa aku betoi2 tension.antara org2nya:



1. mama gan papa aku sbb bg aku keyakinan balik


2. Linda yg tak jemu2 menolong aku dr segi kewangan,buah pikiran,nasihat,serta
kesetiaan dia kat aku.pasal tue aku syg dia



3. amar yg menolong aku pecah kan cermin kete aku yg telah retak seribu....hahaha utk keselamatan mata kwn2



4. padil yg tak kedekut minyak sbb bw aku p cari cermin baru kete aku.



5. abey manusia yg baik hati yg tolong aku mcm2 dr segi akedemik ataupon kewangan.


terima kasih semua sbb percaya kan kat aku dan tolong aku dalam masa kesusahan.

Wednesday, July 8, 2009

BeSok AKu PekSe

hmmm aku dah pening dah nie..sbb besok aku ade paper




org lain semua msk sem baru aku plak dok sibuk2 nak ambik final.tue lah org dok sibuk nak ambik short sem aku pon sibuk nak ambik bila final haaaaaaa taw kena pulun hbs2.hahaha




paper besok leh tahan r sbb semua kena menghafal......wawawawa



doa kan aku leh dapat jwb.....hahaaha sbb salah satu paper tue aku ddk seat no 1....depan sekali siot,huhu susah nak jeling2(mcm boleh je).



kepada kwn2 aku yg nak ambik pekse besok gd luck gak!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...