BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 8, 2010

Ini aku...dan aku

aku berbeza di realiti dan di alam blog
aku lebih selesa di alam blog
alam blog tempat aku meluah
apa yang dikandung oleh hati aku ni.

hati aku ini banyak persoalaan
yang perlu aku rungkai kan nya satu per satu
aku cuba melihat nya dengan mata hati aku
agar aku dapat memahami maksud tersirat dari persoalan tersebut.

minda aku sering kali bertanya
tatkala aku sedang menelaah ilmu dunia
kenapa dan mengapa berlaku nya sesuatu
pertanyaan yang tidak sekali dijangka.

oleh itu aku temui tempat yang bisa menerima aku
yang bisa mendengar rintihan hati yang bergelora ini
yang sanggup mendalami jiwa anak muda yang bergelodak ini
yang sudi menjadi peneman ku tatkala hati ini dipanah kecewa.

ramai yang bertanya kenapa aku sangat emosi di sini
ini kerana di alam blog aku adalah diri aku yang sebenarnya
aku tidak perlu lagi berpura pura menjadi orang lain
kerana tidak ada siapa yang akan persoalkan apa yang aku bicarakan.

usah kau tanya mengapa aku begini
memang aku dilahirkan begini
aku sukakan benda yang ada unsur sejarah dan sastera
bagi aku unsur sejarah dan sastera banyak mematang kan kita.

tanpa sejarah kau tidak akan mampu
perbaiki kelemahan diri kau yang menjadi punca kegagalan
tanpa sastera kau tidak akan mampu
bercakap apa pun yang kau mahukan.

kita bisa menjadi dua orang dalam suatu masa
tapi bukan bermaksud kita perlu menjadi hipokrit
tetapi lebih kepada menjadi diri sendiri dan nikmati hidup.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...