taufiq hakimi
Tuesday, November 30, 2010
N.O.T.A
Cinta.
Kalau kita cintakan sesuatu perkara itu, mesti kita akan buat dengan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan penat lelah yang perlu kita tanggung kan?
Begitu juga kalau kita cintakan Islam, kita akan lakukan segalanya kalau tanpa kita hiraukan penat lelah yang terpaksa ditanggung kan?
Kita juga tak akan persoalkan masa yang terisi dengan benda 'lain', yang sepatutnya menjadi masa untuk kita menghadap buku yang segala bagai, juga kita tak akan persoalkan keletihan yang ditanggung, yang mungkin tidak akan difahami oleh rakan-rakan yang tak mengerti.
Kadang-kadang hampir kita terlupa, sepatutnya setiap apa yang kita lakukan, kita lakukan kerana cinta kita kepada Dia, melebihi rasa tanggungjawab.
Rasa penat itu tidak akan kita rasa andai segala yang dilakukan kerana cinta. Sebab itulah betapa pentingnya rasa cinta padaNya itu hadir melebihi dari rasa tanggungjawab.
Kadang-kadang, terlintas juga di hati dan benak fikiran, adakah segala yang dilakukan kini kerana cinta padaNya atau kerana tanggungjawab semata-mata.
Kalau hanya kerana tanggungjawab semata-mata, amatlah rugi diri ini!
Tapi, kalau kerana cintakan Dia, Islam dan kerana ingin melihat Islam dijulang kembali, alangkah beruntung diri ini!
Hanya Dia dan empunya diri yang tahu betapa hinanya diri ini.
Nota hatiku buat tatapan bersama.....
Dunia hanya tempat bercucuk tanam untuk kita dapatkan hasilnya di akhirat kelak!
w'salam
Posted by mR KimEy at 12:26 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
"buat semua perkara sebab cintakan Dia"
manusia terbahagi kpd beberapa golongan, n golongan yang tertinggi dipanggil golongan Mukhlisin, bermakna orang-orang yang berbuat sesuatu IKHLAS kerana Allah.
ni golongan yang paling susah nak dicapai sebab kalau kite tanya pd diri kita, sebab apa kita buat baik? sebab apa kita sembahyang? sebab apa kita jumpa duit kene pulangkan kat tuan dia? umumnya kita jawab, sebab nak dpt pahala.
tapi golongan Mukhlisin ni buat semua tu semata-mata sebab Allah. Bukan sebab pahala, bukan sebab nak jadik budak baik. Ikhlas tanpa harapkan balasan. sedang makan, minum, buang air, korek hidung, setiap benda dilakukan dengan NIAT KERANA ALLAH.
tingginya cinta pd Allah.. Jauh lagi saya nak capai..tp insyaAllah kita semua kene usaha.
Wallahu'alam
:)
so..marilah kita sama2 tingkatkan amalan kita.kerja kan suruhNya dgn hati yg ikhlas
Post a Comment