BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 29, 2010

Ngangkung

Tadi ptg g tgk wayang gan kwn2
pojie,nik,teddy,ady...
tq sebab teman aku.

sebernya dah lama tak tgk wayang
rasa nak dekat 2 bln
wow!!
lama tue.
kali nie aku tgk cite NGANGKUNG.

hahaha
tgk tajuk pon aku nak tergelak dah
mmg seronok
giles2 seronok
ada satu babak nie
aku dah tergelak tapi dia suruh aku gelak lagi
sampai sakit perut aku dibuatnya
nak taw tak cite dia mcm mana??

aku cite sikit ea

‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. So bagi korang yang selalu pergi ngangkung, apa kata pergi tengok filem ni.. ambil iktibar sikit!…

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.

Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”.


Jangan lupa saksi filem ni.. nampak macam best dan kelakar je…

jom enjoy di panggung wayang!..

w'salam

taufiq hakimi

2 comments:

Nikiysa Nina said...

i da tgk...mmg sangat best...2 thumbs up!! =)

mR KimEy said...

hahaha
kan2 tak rugi kan
nie pon rasa mcm nak g tgk lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...