Salam
Sunday, August 14, 2011
Kehidupan Seorg Bujang
Salam
Posted by mR KimEy at 4:42 PM 0 comments
Tuesday, July 5, 2011
Kembali
Salam
rasanya lama betul tak menulis blog nie
hehe
apa2 pon saya masih boleh bernafas lagi syukur alhamdullilah.
byk pekara yg telah berubah...
dan
selepas ini akan sy cerita satu demi satu.
Selamat kembali utk saya.
Posted by mR KimEy at 8:37 PM 0 comments
Wednesday, January 26, 2011
Lama tak update
Dah lama aku tak update blog aku ni, kekadang tu rasa nak update tapi bila dah ngadap PC ni, terlupa la pulak.asyik dok surf blog orang ja.memang dah menjadi minat aku dari dulu lg membaca blog orang ni.macam2 stail yang ada.Pejam celik dah nak msk bulan 2, cepat betul masa berlalu, lagi 1 minggu sekolah dah nak cuti.Best la bebudak dapat cuti lagi ..perrhh!!!! kalu aku dapat cuti panjang macam tu kan best.(kena jadi budak balik la gitu).tapi jangan harap la nak cuti mcm tu..kalu nak kena resign terus bole la cuti panjang.hahaha
Kesihatan
badan pun rasa semacam ja.cuaca tak menentu jer hr nie….mendung gitu2,.minta2 tu jangan la demam, keja pun belambak dua tiga hari ni, kesian la pulak kat kawan2 kat aku nie.maklumla aku ni prihatin skit..hahaha
fotografi
dah 2 minggu aku mencuburi bidang fotografi nie.alhamdullilah…mcm2 aku dapat pelajari dr kawan2 aku yg tak bosan jemu ajar aku nie..kehkeh.nie gadjet aku yg ketiga aku dapat selepas laptop,psp dan skung camera dsrl.Cuma skarang ni dok belajar meng'edit' gambar skit2.orang kata kena praktik selalu baru terra..haha.hari tue aku ade p belajar asas mcm mana nak jd fotografi yg bgs…nie antara pic yg Berjaya dia hasil kan
Posted by mR KimEy at 1:12 PM 1 comments
Wednesday, January 19, 2011
5 Golden Rules
ETIKA BERSAHABAT
1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.
2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman – teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara ketika berbincang.
3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
4. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh – jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.
5. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.
Posted by mR KimEy at 7:40 AM 0 comments
Friday, January 7, 2011
"Untuk kawan-kawan yang kita suka"
Aku suka kamen rider
Batman lagi powerlah
Kalau macam tu aku power rangers merah la
Aku ketua aku ketua
Ahh seboklah kau
Bak sini balik
Aku ada mainan baru
Tak heran aku ada aiskrim
Tanak kawan kau
Eh jom kita pergi maen
Jom sama-sama.
Semalam gaduh
Harini baik
Zaman kanak-kanak penuh jujur
Posted by mR KimEy at 11:00 PM 0 comments
Thursday, December 30, 2010
MALAYSIA JUARA PIALA AFF...
Yaahooo...Malaysia juara,tue lah saat yang aku tunggu selama ini...dan skung aku berbangga menjadi rakyat Malaysia,setelah hampir 14 tahun Malaysia tidak berjaya menjuarai perlawanan ini,alhamdulillah pada malam ini Malaysia di nobatkan sebagai juara.
Syabas... syabas di ucapkan kepada semua skuad negara kerana tanpa usaha gigih para pemain mustahil malaysia mampu meraih kejayaan.Pujian harus diberikan kepada penjaring gol sulung negara iaitu safee sali,serta kepada penjaga gol negara iaitu khairul fahmi che mat.beliau berjaya menepis asakkan yang dilakukan oleh pemain indonesia dengan jayanya.... tidak keterlaluan boleh di katakan bahawa beliaulah yang menjadi penyelamat kepada skuad negara yang berjaya mematahkan 4 jaringan gol yang di rembat oleh pemain lawan.
Walau bagaimanapun marilah semua mengucapkan tahniah kepada skuad negara......
syabas....syabas....syabas...
Posted by mR KimEy at 2:12 PM 0 comments
Thursday, December 9, 2010
Bulan jatuh ke riba
aku hanya mampu bermimpi
bermimpi agar suatu hari nanti
aku mampu mengecapi apa yang aku inginkan.
walau aku hanya mampu bermimpi
tetapi barangkali mimpi itu bakal menjadi kenyataan
mungkin mimpi aku itu mampu mengubah impian ku menjadi realiti.
aku bermimpi pelbagai perkara yang indah
mengharap bulan yang lelah menyinari bumi itu
jatuh ke riba ku dan menyanyi kan lagu tidur buat ku.
walau mimpi yang aku harapkan itu
barangkali hanya diharap pleh seorang yang kurang warasnya
tetapi aku tidak peduli kerna mimpi aku itu mungkin ada kebenarannya.
Posted by mR KimEy at 11:52 PM 2 comments
Wednesday, December 8, 2010
Ini aku...dan aku
aku berbeza di realiti dan di alam blog
aku lebih selesa di alam blog
alam blog tempat aku meluah
apa yang dikandung oleh hati aku ni.
hati aku ini banyak persoalaan
yang perlu aku rungkai kan nya satu per satu
aku cuba melihat nya dengan mata hati aku
agar aku dapat memahami maksud tersirat dari persoalan tersebut.
minda aku sering kali bertanya
tatkala aku sedang menelaah ilmu dunia
kenapa dan mengapa berlaku nya sesuatu
pertanyaan yang tidak sekali dijangka.
oleh itu aku temui tempat yang bisa menerima aku
yang bisa mendengar rintihan hati yang bergelora ini
yang sanggup mendalami jiwa anak muda yang bergelodak ini
yang sudi menjadi peneman ku tatkala hati ini dipanah kecewa.
ramai yang bertanya kenapa aku sangat emosi di sini
ini kerana di alam blog aku adalah diri aku yang sebenarnya
aku tidak perlu lagi berpura pura menjadi orang lain
kerana tidak ada siapa yang akan persoalkan apa yang aku bicarakan.
usah kau tanya mengapa aku begini
memang aku dilahirkan begini
aku sukakan benda yang ada unsur sejarah dan sastera
bagi aku unsur sejarah dan sastera banyak mematang kan kita.
tanpa sejarah kau tidak akan mampu
perbaiki kelemahan diri kau yang menjadi punca kegagalan
tanpa sastera kau tidak akan mampu
bercakap apa pun yang kau mahukan.
kita bisa menjadi dua orang dalam suatu masa
tapi bukan bermaksud kita perlu menjadi hipokrit
tetapi lebih kepada menjadi diri sendiri dan nikmati hidup.
Posted by mR KimEy at 10:27 PM 0 comments
Jangan akur pada takdir
sebenarnya hidup ini kadang kala mendesak kita
Posted by mR KimEy at 10:22 PM 0 comments
Tuesday, December 7, 2010
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Wallahualam
Peristiwa-peristiwa penting:
* 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
* 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
SEMOGA TAHUN BARU HIJRAH 1432 MEMBAWA KEBERKATAN DAN MENDAPAT KERHEDAAN ALLAH SWT.
INSYALLAH
Firman Allah : "Dan Janganlah Kamu Campur Adukkan Yang HAQ Itu Dengan Yang BATIL,
Dan Kamu Sembunyikan Yang Benar Itu Pula Padahal Kamu Semua Mengetahuinya." (Al-Baqarah : 42)
Posted by mR KimEy at 12:19 PM 0 comments
Sunday, December 5, 2010
of physics and Apollo
Posted by mR KimEy at 1:32 PM 2 comments
Jika aku diberi pilihan
w'salam
taufiq hakimi
Posted by mR KimEy at 12:35 PM 2 comments
Saturday, December 4, 2010
Saya Taw sayang sy
w'salam
taufiq hakimi
Posted by mR KimEy at 10:03 PM 0 comments
Bekas pemaisuri agong...saman uncle seekers
ekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.
Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.
Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.
Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.
Posted by mR KimEy at 12:17 PM 2 comments
Thursday, December 2, 2010
arghaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
w'salam
taufiq hakimi
Posted by mR KimEy at 11:58 PM 0 comments