MUHARAM  adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah  berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun  Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari  sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. 
Pada  asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu  Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun  demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah:  91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan  ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. 
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. 
Sesiapa  yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah  pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku  satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya  setahun." 
Wallahualam
Peristiwa-peristiwa penting: 
* 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 
*  10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi  peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang  gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. 
Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. 
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
 
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 
16. Allah menjadikan 'Arasy. 
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril. 
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
SEMOGA TAHUN BARU HIJRAH 1432 MEMBAWA KEBERKATAN DAN MENDAPAT KERHEDAAN ALLAH SWT.
INSYALLAH
Firman Allah : "Dan Janganlah Kamu Campur Adukkan Yang HAQ Itu Dengan Yang BATIL,
Dan Kamu Sembunyikan Yang Benar Itu Pula Padahal Kamu Semua Mengetahuinya." (Al-Baqarah : 42)
Tuesday, December 7, 2010
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H
Posted by mR KimEy at 12:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment