ETIKA BERSAHABAT
1. KESABARAN
Belajarlah  bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu,  mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah dan mula  berfikir tentang hati dan perasaan orang lain.
2. BERTERUS TERANG
Jangan  sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman –  teman di sekelilingmu. Cuba berbincang dan berterus terang agar masalah  yang membelenggu dirimu akan selesai dan jangan meninggikan suara  ketika berbincang.
3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas dan  jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan  menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
4. JUJUR
Belajarlah  menjadi seorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan  persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh – jauh  sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.
5. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami dan tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.
Wednesday, January 19, 2011
5 Golden Rules
Posted by mR KimEy at 7:40 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment